5% OFF on selected item Buy now!
Cart 0

Handmade soap VS Machinemade soap

Handmade soap VS Machinemade soap

Let's talk about handmade soap VS machine made soap.

Selalunya yang kita beli di supermarket adalah sabun machine made. Machine made maksudnya yang dibuat di kilang dengan mesin, manakala handmade ni buatan tangan oleh manusia.

Tetapi ada kilang buat handmade soap tapi masih dibuat oleh manusia bukan dengan mesin.

Selalunya sabun komersil ni adalah buatan kilang, dan disebabkan overhead dia tinggi dia akan cuba cari bahan yang paling murah untuk produk dia. Maka wujudlah SLS atau SLES. Kedua-dua bahan ni ialah bahan detergen sintetik yang digunakan untuk mencuci. Sebab tu sabun komersil lebih murah berbanding sabun handmade.

Sabun handmade pula, dibuat secara tradisional. Menggunakan minyak seperti minyak kelapa, minyak kelapa sawit, minyak zaitun dan sebagainya, dicampur dengan larutan garam alkali dan air untuk menghasilkan sabun. Tanpa pencampuran ketiga ini, sabun tidak akan terjadi. Semua bahan mentah semulajadi tanpa penggunaan detergen sentetik.

Bahan mentah ini bukan murah dan selalunya penguasaha sabun handmade natural ini bukanlah dari syarikat yang besar. Jadi mereka tidak boleh beli bahan secara big volume. 

Agak tidak adil, bila pembeli bandingkan harga sabun komersil dengan sabun handmade natural. Lagipun kalau dibandingkan dengan sabun natural komersil seperti Body S***, harga mereka juga boleh tahan tinggi dan produk mereka adalah machine made bukan handmade. Kenapa? Disebabkan penggunaan bahan mentah semulajadi.

Apa beza lagi kedua-dua jenis sabun ni?

Sabun handmade adalah sabun sebenar, sebab dibuat dengan bahan mentah yang sebenar untuk menghasilkan sabun. Sabun komersil menggunakan bahan sentetik seperti SLS untuk dijadikan bahan pencuci. 

Handmade soap mengandungi gliserin semulajadi. Sebab tu kadang-kadang kita nampak di sabun natural, macam basah-basah, ada ketulan air di permukaan sabun. Ini dipanggil gliserin. Gliserin ni menyerap air dari udara dan memerangkap jadikan seperti shield di kulit kita. Sebab tu kalau pakai sabun natural, kulit rasa lembab sepanjang hari. Sabun komersil tak ada gliserin, sebab SLS atau detergen sintetik lain kerja dia mencuci sahaja, dia tak menyerap air di udara. Sebab tu kulit makin kering, dan kita terpaksa gunakan produk lain untuk melembabkan kulit.

Majoriti sabun handmade natural menggunakan essentials oil dari fragrance oil. Sebab tu bau sabun handmade ni tak kuat seperti sabun komersil. Essentials oil ialah minyak pati yang diambil dari tumbuh-tumbuhan untuk kebaikkannya seperti essential oils lavender yang boleh menenangkan kulit yang habis merah disebabkan eczema. Sabun komersil hanya menggunakan pewangi lavender, tiada benefit melainkan wangi sahaja. 

Handmade soap ni pula ala-ala macam senilah juga, yang soapmaker boleh buat macam-macam design. Malah ada handmade soapmaker yang digelar artisan sebab dah macam seni dia melukis setiap satu sabunnya. Disebabkan sabun ini buatan tangan, setiap batch sabun yang sabun akan berbeza, malah setiap bar dari batch yang sama juga berbeza.

Semua buatan tangan dari pemilihan bahan, pembuatan dan pemotongan. 



Older post Newer post