5% OFF on selected item Buy now!
Cart 0

Natural product vs Synthetic product

Natural product vs Synthetic product

Ada few DM zuli beritahu dan kongsikan video-video dari pakar kesihatan mengenai bahan sintetik dalam kosmetik, khasnya mengenai SLS, SLES & Paraben.

Zuli malas nak ulas panjang mengenai ni ikutkan sebab Zuli bukan pakar kesihatan pun. The way I see it, ikut kulit masing-masing. Kita dah ada natural sabun kenapa nak gunakan pencuci sintetik? 

Setiap kilang kosmetik bertaraf GMP memang kena ikut guideline yang diberikan. Mereka tak boleh sesukahati nak letak SLES melebihi peratus yang dibenarkan. Jadi betul apa kata pakar tersebut yang ia selamat untuk consumer. Cuma pendapat peribadi zuli, dan ada study dari sesetengah ahli perubatan yang SLES, SLS dan Paraben untuk jangkamasa panjang boleh memudaratkan kita. 

Syarikat besar seperti Johnson & Johnson pun sekarang ni di US dah gunakan bahan natural untuk produk mereka dan tidak menggunakan bahan silikon. So what does that tells you? Permintaan bahan natural makin tinggi.

Dulu tak ramai terkena sakit kulit dan eczema tetapi sekarang makin ramai, bila jumpa dermatologist apa antara nasihat yang berikan? Kurangkan guna sabun, atau tukar sabun yang lebih mild dan gentle, nak sentiasa gunakan ointment untuk melembabkan kulit.

Kalau kita tengok sabun mild dan gentle yang disyorkan dermatologist, peratus silikon di dalam sabun kurang daripada peratus sabun biasa. Bila pesakit ni switch kepada sabun natural tanpa bahan silikon, tak kira apa jenis sabun sekalipun rata-rata kulit mereka tak gatal, tak kering dan kembali normal.

Seperti Zuli pernah share sebelum ni, SLS & SLES ni sintetik dengan satu fungsi sahaja iaitu mencuci. Ia tidak melembabkan kulit. Jadi dia akan tarik semua sebum-sebum, natural oil di kulit sampai habis, sampai dah tak ada apa nak ditarik yang menyebabkan kulit kering dan perit maka terjadilah eczema.

Kita masih perlukan sebum dan minyak di kulit untuk melindungi diri kita dari bakteria dan sebagainya.

Sabun natural rata-rata menggunakan minyak untuk dijadikan sabun jadi minyak ini selain mencuci ia juga melembabkan tanpa perlu penambahan bahan lain. 

Tak salah guna sabun komersil, ikut kulit kita. Kalau rasa sesuai dengan kulit sendiri dan mati-mati tak nak guna sabun natural. Go ahead, you do you. Tetapi pastikan sabun dari GMP yang betul. Do some reading, dan study sendiri long term gunakan bahan silikon.

Sedangkan makan panadol selalu pun ada kesan sampingan. Inikan pula produk yang kita pakai hari-hari dari baby sampai ke tua kan?



Older post