5% OFF on selected item Buy now!
Cart 0

Pomade vs Natural Beard Balm

Pomade vs Natural Beard Balm

Minggu ni busy dengan minggu designing. Alhamdulillah sabunfiction nak buat kotak sendiri dengan sticker sendiri huk huk. I start this business memang slowly, and I spend more on product research dan ingredients dari packaging. Encik hubs bising gila sebab packaging macam hapee je huhuhu.

Anyways, Alhamdullilah ada demand dan loyal customer, so next i'm investing on packaging. Biasalah business homebased ni semua kena sikit-sikit dulu, plus I learnt my lesson on investing big tapi ni cerita lainlah.

So masa tengah berborak dengan my designer, dia tanyalah beza pomade sabunfiction ni. Im really confuse, sejak bila pula aku buat pomade? Rupanya dia bercakap pasal our beard balm. Yelah I started buat beard balm ni sebab Encik hubs yang nak, idaklah dia sebut pomade, cuma ayat dia "minyak ke, moisturiser ke, mask ke untuk janggut ni, kulit kering...". Maka wujudlah Sandalwood Beard Balm.

Sooo kalau you pernah baca, my blog before mengenai petroleum jelly vs natural skin salve sebenarnya sama sahaja. Pomade ada dua jenis, water based dan oil based. Water based of course dari air, dan bila benda involve air ni for sure ada preservative, so please check your pomade pakai harsh preservative atau tidak. Yes, apa-apa bahan involve H2O ni memang kena ada preservative or produk akan berkulat, shelf life pendek. Paraben contoh preservative yang harsh.

Kedua-dua jenis pomade ni ada menggunakan minyak, beeswax dan kadang kala ada lanolin. Bezanya cuma sedikit atau banyak, kalau untuk water based dah tentu sedikit jelah digunakan.

Sesetengah oil based pomade pula pakai petroleum jelly, so kalau baca blog sebelum ni petroleum jelly vs natural skin salve then you understand yang petroleum jelly ni pun bahaya sebenarnya. Walaupun you pakai dekat rambut atau janggut. Ingat apa-apa bahan letak di kulit, 80% akan meresap ke sistem pendarahan kita sooooo pilih the best product for you skin ok.

Ni nak cerita pasal lanolin pula, sejenis wax yang dihasilkan oleh kambing biri-biri untuk melindungi bulu biri-biri ni supaya cantik, lembut dsbnya. So ni kira by product dari biri-biri, jadi mereka ambil wax ni, bersihkan dan jadikan lanolin untuk digunakan sebagai wax cosmetic kita. Ada yang guna untuk pomade, lotion dsbgnya. Masih kategori natural product dan ada setengah orang allergik dengan lanolin ni dan produk ni bukan vegan friendlylah kalau you wanted all natural plant produk. Kena ingat juga, sesetengah negara luar, gunakan lemak haiwan dalam kosmetik range mereka, so better check kotlah guna bahan-bahan haram untuk muslim.

Beeswax pula sejenis emollient, sama seperti lanolin tadi. Untuk hold bahan-bahan tadi jadi wax dan boleh digunakan untuk styling. Beeswax ni ada banyak pendapat, ada kata akan sumbatkan pori-pori di kulit, tapi saintifik research yang Beeswax ini kaya dengan Vitamin A, lembutkan dan lembabkan kulit. 

So benefit of natural beard balm? Produk pomade tadi, majoriti bahan-bahan dia untuk styling sahaja, and of course berbau wangi dengan segala fragrance oil, which is sintetik juga. 

Our natural beard balm bukan sahaja untuk styling, malah merawat your whiskers jadi lebih lembut and manageable. Bukan minyak, beeswax semata. Ada bubuh shea butter, cocoa butter, or mango butter, dengan segala macam essentials oil or botanical extract untuk merawat your jangguts and misais  .

Kadang-kadang kulit di janggut ni kering dan berkuping macam kelumumur, so this is when natural beard balm becomes very handy. Protect your skin, tak mengeringkan kulit, no more kuping-kuping ala-ala kelemumur. (Ini memang masalah Mr. Hubs, sekarang Alhamdulillah dah tak kering woo hoo!)

Terpulanglah nak pakai pomade ke minyak jambang ke or our Sandalwood Beard Balm Always check bahan-bahan yang digunakan dalam produk tu. Handsome-handsome pun kesihatan kena jaga juga.



Older post Newer post